Gasing tangan
Gasing tangan

Gasing tangan

Gasing tangan (bahasa Inggeris: Fidget spinner; bahasa Indonesia: Pemintal gelisah) ialah sejenis permainan untuk melegakan tekanan. Sebuah gasing tangan asas terdiri daripada bearing di bahagian tengah dengan beberapa bilah di sekelilingnya sama ada berbentuk bulatan, bentuk tajam seperti pisau, dan lain-lain. Gasing tangan ini telah dipopularkan sebagai satu alat bantu untuk mereka yang menghadapi masalah tumpuan atau gelisah (seperti penghidap ADHD, autisme, atau keresahan) dengan menjadi alat pelepas tenaga saraf atau tekanan psikologi. Walau bagaimanapun, dakwaan ini dibantah dengan pertikaian bahawa permainan ini lebih mengganggu perhatian.Walaupun ia dicipta pada tahun 1990-an, gasing tangan mula menjadi popular pada awal tahun 2017 dalam kalangan kanak-kanak dan pelajar sekolah. Hal ini menyebabkan ada sekolah yang menyekat dan mengharamkan permainan ini dengan alasan ia menyebabkan gangguan di dalam kelas. Sebahagian sekolah pula membenarkan ia digunakan dengan pengawasan untuk membantu murid-murid memberikan tumpuan.